Kek Lapis Sisik Ikan

Salam semua...

Kali ni kak finzs nak kongsikan cara membuat kek lapis sisik ikan. Kek ni sedap tau, ada rasa horlick dan buah asam manis atau hawflakes.

Bahan2:

Bahan A:
16oz atau 454g mentega (kak finzs guna jenis golden churn)
1 tin kecil serikaya (apa2 jenama boleh)
1/2 tin krimer manis

Bahan B:
10 biji telur gred A (3 dibuang putih)
1sb ovalette
150g gula halus

Bahan C:
300g tepung hongkong (tpg gandum pun boleh, tapi lagi sedap guna tpg hk)
200g serbuk horlick
4 sb air sejuk
5-6 peket manisan Hawflakes

Cara-cara:
1. Pukul bahan A hingga sebati. Petunjuknya ialah warna mentega tu bertukar jadi pucat dari tadi.  Biarkan.

2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu. Yang ni kena pukul agak lama sedikit. Petunjuknya ialah bila kita celup jari adunan tak menitis jatuh.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup sehingga sebati menggunakan senduk atau spatula. Campurkan adunan bahan A. Gaul rata. Selepas itu masukkan serbuk horlick, gaul lagi dan akhir sekali air sejuk. Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan oven dengan suhu 160°C-170°C. Bergantung kepada saiz oven k. Guna api atas dan bawah.

5. Guna acuan 10x10 inci, lenserkan permukaan acuan dengan mentega. Lapiskan permukaan acuan dengan kertas minyak atau 'baking paper'. 

6. Bakar lapisan pertama kek dengan meletakkan 5-6 sudu besar adunan kek. Guna api atas sahaja k. Bakar hingga permukaan kek kekuningan. Bukan sampai hangus ye.

7. Tekan dengan seterika kek dan ulang hingga lapisan ke 3.

8. Pada lapisan ke 4, masukkan 6 sudu adunan tadi dan ratakan. Susun dan cucuk asam hawflakes ke dalam adunan secara menyerong. Kemudian bakar hingga masak.

9. Bila dah masak ia akan jadi seperti ini.

10. Tekan dengan seterika kek supaya asam hawflakes tadi membengkok dan 'baring' ke tepi.

11. Masukkan adunan mentah lagi dan bakar. Ulang sampai 2 lapis. Pada lapisan ke 3 ulang lagi proses menyusun hawflakes.

12. Bakar lagi sehingga habis adunan untuk membuat lapisan.

13. Pada lapisan terakhir, bila permukaan kek dah masak bolehla dipasang api atas dan bawah selama 5 minit.

Beginilah rupa kek yang dah siap. Tadaaa...

Sebenarnya bentuk sisik ikan yang kak finzs buat tak sempurna sangat. Tapi takpe... Masih sedap bila masuk dalam mulut. Hehe

Selamat mencuba๐Ÿ˜‰

Comments