Resepi Sambal Tumis Dabai

Buah dabai ni sejenis buah yang terkenal di Sarawak. Warna kulitnya hitam dan isinya berwarna kuning. Rasanya lemak2 dan ada sedikit masin.

Cara nak makan ialah rendam dahulu buah dabai ni di dalam air panas sehingga buah menjadi lembut. Toskan airnya. Lepas tu gaullah dengan serbuk garam ataupun kicap manis. Simpan di dalam peti sejuk.

Buah dabai yang telah dijeruk dengan garam atau kicap tadi boleh dimakan bersama dengan nasi atau begitu sahaja.

Kali ini kak finzs tampilkan 1 lagi cara makan buah dabai, iaitu kita buat sambal tumis.

Bahan-bahannya:
15-20 biji buah dabai yang telah dilembutkan dan diambil isinya.

*2 ulas bawang merah
*5 biji cili padi(kalau nak pedas boleh tambah lagi)
*Sedikit belacan
*Sedikit ikan bilis yang telah dibelah

Garam dan gula

Caranya:
Tumbuk semua bahan yang bertanda* dan tumis menggunakan api yang sederhana. Bila dah naik bau masukkan isi buah dabai itu tadi. Gaulkan dan teruskan menumis. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa..


Sambal tumis dabai ni pun sedap dimakan bersama dengan nasi panas. Takde lauk lain pun takpe.. πŸ˜‰

Selamat mencubaπŸ˜‹

Comments