Biskut Semperit Ranggup

Salam semua...

Hari ni kak finzs nak kongsikan cara membuat biskut semperit yang mudah. Sesuai untuk first timer macam akak ni. Terkial-kial jugakla tadi, terutama part picit adunan ke acuan. Maklumlah, tak biasa. Takpe, bagi yang kurang keyakinan macam kak finzs ni boleh guna cara ni ok.

Secara basic inilah resepinya:

1cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
250g mentega (kak finzs guna buttercup)
3/4 cawan gula halus
2 biji kuning telur gred B
1 sk esen vanila
25g coklat rice

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan hingga sebati (kecuali coklat rice). Gaul guna tangan.

2. Sekiranya adunan masih lembut, tambahkan tepung jagung berselang seli dengan tepung gandum. Tambah sesudu2 sehinggalah doh tu tak melekat di dasar besen. Seperti di dalam gambar.



3. Panaskan ketuhar ke suhu 180°C selama 15-20 minit. Guna api atas dan bawah dan hidupkan kipas ketuhar. Kalau ketuhar tuan-puan tak ada kipas tak apa. Teruskan sahaja.

4. Alaskan dulang pembakar dengan 'baking paper' atau kertas minyak.

5. Picitkan adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan semperit ke atas dulang pembakar sambil memotongnya. Kak finzs buat seperti dalam gambar.

6. Bila dah selesai, taburkan coklat rice. Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit.

sebelum... 
Selepas... 


Melalui resepi ini, kak finzs dapat banyak ni...

Selamat mencuba.. 😁

Comments