Daging salai

Cara buat daging salai ni kak finzs guna periuk ajaib je. Cara buat pun mudah.

Bahan2:
1 1/2 kg daging
Serbuk kunyit
Garam

Cara:
Mula2 nyahbekukan daging, lepas tu potong lebih kurang setebal 2-3 cm.
Lepas dibasuh, toskan. Didihkan air untuk mencelur daging. Kata orang daging sejuk beku perlu dicelur untuk mengurangkan bau hanyir daging. Selepas dicelur toskan lagi. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kebetulan kunyit kak finzs dah habis, jadi guna serbuk kunyit je lah.. Sapukan marjerin pada periuk ajaib. Susun daging2 tadi dan bakar sehingga masak...

Inilah rupa daging salai kak finzs yang sudah masak..
Lagi...
Kak finzs bahagi 2, satu bahagian untuk dimasak, satu bahagian lagi disimpan dalam bahagian sejuk beku sebagai stok. 😊








Comments