French toast ala malaysia

Kali ni kak finzs nak share cara buat french toast dengan bahan-bahan yang simple je.

Walaupun simple tapi insya Allah mengenyangkan sebab menggunakan telur dan krimer.

Bahan-bahannya:
Roti jenis loaf
Telur saiz C 4 biji
Krimer manis sesudu besar
Air kosong setengah cawan
Marjerin

Cara-caranya
Pecahkan 4 biji telur tu di dalam mangkuk bersaiz sederhana. Tambahkan krimer manis dan air kosong. Pukul hingga sebati. Pukul dengan garpu je, tak yah guna mesin. Pas tu, panaskan 'fried pan'. Sapu marjerin di atasnya. Celupkan roti satu persatu dan goreng di atas fried pan tu. Marjerin tu tak payah letak banyak k. Cukup sekadar bagi tak lekat roti tu. Sentiasa balik-balikkan sehingga roti tu berwarna kuning keperangan.

 Kak finzs suka makan dengan madu. Anak kak finzs pula suka makan dengan sos cili. Kadang-kadang kak finzs tambah hirisan bawang merah dalam bancuhan telur tu. Dan... Roti ni sungguh enak dimakan bersama dengan air kopi panasπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Comments